Tuesday 6 December 2016

10 gambar projek Bahan Bantu Mengajar Individu

Aktiviti yang menggunakan alatan mudah ini mampu menjelaskan mengenai beberapa perkara seperti ciri-ciri bunyi yang boleh bergerak melalui medium seperti pepejal, cecair dan gas. 


Pada pendapat saya, aktiviti boleh dimeriahkan lagi dengan mempelbagaikan jenis telefon (tin, polystryrene, plastik, kertas dll) serta jenis tali yang berbeza juga. Melalui kepelbagaian jenis-jenis cawan dan tali yang digunakan juga boleh meningkatkan inkuiri pelajar untuk menyiasat dengan lebih lanjut. 



Alat- alat yang diguna pakai untuk menghasilkan BBM ini ialah :

  • tali
  • cawan kertas
  • lidi

BBM saya amat mudah untuk menghasilkannya. Ia tidak menggunakan masa yang banyak dan menarik jika kita kreatif untuk menjadikan bahan-bahan buangan sebagai alat pengajaran.


















10 video teknologi & inovasi


1. Inovation Wheelchair




2. The cicret bracelet



3. The Foldingmate Clothing




4. Colour Scanning Pen





5. E- Qalam, Al-Quran Reading Pen





6. Spectacles as Video Recorder 






7. Underwater Drone






8. Smartwatch: Make call with fingertip







9. Mighty Mug Barware- cup won’t fall





10. Toys technology-gadget for kids









Monday 5 December 2016

10 Pics Teknologi & Inovasi



1. Intelligent Device Attachment for Standard Wheelchair (iDAS)

Komponen inovasi yang dihasikan adalah hasil daripada pemerhatian serta cetusan idea dilakukan hasil penganalisaan selama beberapa tahun kebelakangan terhadap kesusahan serta kegagalan orang-orang kelainan upaya (OKU) dalam mengendalikan kerusi roda dilaluan OKU serta dilaluan berhalangan. Kegagalan kerusi roda sediada kini menghadkan pergerakan OKU dirumah mahupun di luar seperti pusat membeli belah. Segala urusan menjadi terbatas dan terhad. Pengguna kerusi roda atau OKU boleh berdikari sendiri tanpa perlu bergantung harap kepada bantuan orang lain didalam proses mendaki sendiri dilaluan khas OKU iaitu ram tanpa perlu bantuan orang lain.




2. Adjustable wheelchair

Rekaan Mohd Khairuddin Bin Haji Ali Musa dan rakan-rakan. Adjustable Wheel Chair adalah untuk memudahkan pesakit yang kurang upaya untuk bergerak dengan mudah. la mempunyai ciri seperti boleh berubah dari kerusi menjadi katil supaya pesakit tidak perlu bergerak terlalu banyak ketika ingin tidur atau bergerak ke tempat lain. Kerusi roda ini juga mampu menampung berat badan pesakit sehingga 150kg. Kerusi roda ini boleh dilipat dan disimpan, boleh diubahsuai menjadi katil, penyandar dan alas kaki juga boleh dilaraskan mengikut keselesaan pesakit. Kebaikan inovasi ini ialah lebih fleksibel dan banyak membantu pesakit dalam aktiviti harian. Produk ini sangat berpotensi untuk dipasarkan kerana sesuai untuk pesakit yang kurang upaya dan warga tua.






3. Car infared camera

Alat ini diilhamkan melalui pemerhatian dan keperihatinan terhadap kes kemalangan yang berlaku akibat pemandu yang kurang cekap semasa pemanduan  dalam keadaan kabus, hujan atau di waktu malam. Oleh itu, dengan memasang kamera infrared pada kenderaan, keselesaan pemandu di waktu malam atau kabus tebal dapat diatasi. Dengan alat ini, kecekapan memandu dalam keadaan berkabus dan hujan di waktu malam dipertingkatkan. Dengan ini, risiko kemalangan dapat dikurangkan kerana tahap penglihatan pemandu menjadi lebih jelas berbanding penggunaan sport light dan mengurangkan gangguan dan menjadikan pemanduan lebih selamat.



4. Alat sensor pengganti tongkat

Sensor ini dikendalikan oleh sebuah smartphone dengan menggunakan signal radio. Setiap peringkat yang mengeluarkan signal atau sensor akan terhubung antara satu sama lain dan langsung terhubung dengan smartphone yang dikendalikannya. Ini dapat menginformasikan kepada penggunanya secara real-time mengenai posisi, jarak sesuatu benda dan lain-lain yang akan dilalui oleh pengguna.





5. Colour Scanning

 Seorang pekerja seni yang bekerja dengan banyak warna pasti memerlukan alat ini. Pen canggih ini dapat membantu untuk melakukan scanning pada benda-benda yang berwarna di persekitaran kita. Ia akan mengadaptasi semua warna dengan baik seperti warna asal.




6. e-QALAM

E-Qalam merupakan satu lagi kejayaan baru dalam teknologi pendidikan untuk membantu anda mmbaca Al-Quran dengan betul. Ia merupakan pen digital yang boleh membaca Al-Quran berkod yang beralun kan oleh Qari terkenal. E-Qalam dilengkapi dengan dua kaedah bacaan, At-Tadwir (biasa) dan At-Tartil (perlahan). Terdapat empat bahasan terjemahan iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Bahasa Indonesia dan Mandarin dalam satu pen itu.



7.  Multimedia Super Corridor (MSC)

MSC memfokuskan kepada pendidikan, kesihatan, kerajaan dan pengeluaran dengan mewujudkan rangka kerja untuk masyarakat bermaklumat. Kewujudan MSC telah mewujudkan perniagaan interprise berasaskan kepada teknologi maklumat. Kelebihan lainnya adalah kemajuan teknologi maklumat telah membekalkan kelas infrastruktur komunikasi, pelabur dapat melibatkan diri dalam membangunkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.


8. e-Portal peluang pekerjaan

Portal peluang pekerjaan yang bersifat maya dapat memberi peluang pekerjaan yang luas kepada rakyat. Dahulunya jabatan yang sinonim dengan peluang pekerjaan adalah Jabatan Buruh. Mereka menjadi pusat rujukan kepada rakyat untuk mendapatkan pekerjaan. Namun fungsi tersebut telah dikurangkan dengan kewujudan teknologi seperti internet. Masyarakat dapat mengakses terus kepada kerajaan tanpa perlu bersusah payah untuk pergi ke pejabat buruh lagi.


9. Al-Quran braille eletronik @ ebraille

Alat bantu mengajar, al-Quran Braille Elektronik atau dikenali dengan eBraille ternyata merupakan kaedah yang efektif untuk golongan ini. Jika dahulu mereka perlu mengusung al-Quran braille seberat 10 kilogram yang hanya memuatkan enam juzuk, jika hendak membawanya ke mana-mana namun kini ia hanya seberat papan kekunci komputer biasa. eBraille menggunakan dua modul iaitu pengajaran dan pembacaan di mana setiap ebraille yang dibina mempunyai bentuk dan sistemnya seakan-akan komputer riba biasa. Ia dipanggil panel atau papan kekunci perkin yang dilengkapi pengisian 30 juzuk al-Quran secara tulisan braille dan bacaan menggunakan teknologi sambungan tanpa wayar yang fleksibel.
Panel ini juga boleh digunakan untuk mempelajari huruf abc Braille dan memperkenalkan sistem bookmark yang memboelhkan pengguna menyambung bacaan al-Quran pada tempat terakhir bacaan diberhentikan walaupun panel telah dipadam.Selain itu, eBraille juga turut dimuatkan dengan keistimewaan dengan pengisian beberapa mata pelajaran seperti mengenal huruf dan matematik bagi penggunaan kanak-kanak. Ia dijadikan sebagai alat bantuan mengajar oleh guru kerana turut mempunyai sistem pengajaran sambungan secara berkumpulan.



10.  Cermin mata CEO.V

CERMIN mata kini bukan sekadar menjadi alat bantu untuk masalah rabun dan melindungi mata daripada sinaran ultra ungu tetapi turut dikategorikan dalam aksesori untuk nilai tambah penampilan individu. Menurut supermodel, Wilson Tan, rekaan terkini cermin mata hitam CEO.V boleh digayakan sepanjang masa dan tidak perlu disimpan. Cermin mata hitam ini direka untuk profesional. Bahagian tangkal cermin ini boleh dipanjangkan mengikut saiz kepala dan menyediakan keselesaan kepada penggunanya.