Monday 5 December 2016

Isu teknologi dan inovasi dalam pendidikan

Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasana , pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah masih wujud yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut adalah berkaitan dengan
1) Pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar

Sedia maklum bahawa jaringan IT di luar bandar lebih sukar untuk diakses dan diperolehi oleh para pelajar. Memandangkan wujudnya asalah terutamanya dari segikos, sekolah merupakan medium utama untuk para pelajar mempelajari ICT. Namun , penyediaan komputer yang agak sedikit dan tidak menepati nisbah yang sesuai dengan jumlah pelajar merencatkan rancangan kerajaan. Pembekalan komputer yang tidak seimbang ini menghalang pelajar memperolehi dan mempelajari ilmu ICT dengan lebih kerap dan berkesan.
2) Latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah kurang berkesan

Faktor ini juga antara yang membantutkan pembangunan ilmu ICT dalam kalangan pelajar. Tanpa tenaga mahir yang sesuai, pelajar tidak diberi pendedahan yang sepatutnya. Berdasarkan pengamatan saya ketika di sekolah sebagai seorang pelajar, pelajar diberkan kebebasan untuk bermain komputer secara bebas dan pengawasan dan didikan yang secukupnya. Malah adakalanya corak pengajaran yang diterapkan sukar difahami kerana kebayakkan melibatkan aspek teori dan tanpa pengamalan sistem praktikal.
3) Masa untuk pembelajaran ICT pendek
Di luar bandar, pendedahan terhadap aspek perkomputeran agak kurang berbanding dengan penggunaan smartphone. Oleh sebab wujudnya faktor ini, sekolah menjadi satu-satunya tempat yang sepatutnya mendedahkan kepentingan ICT kepada pelajar. Namun, jika dikaji kepada masa pembelajaran di sekolah, hanya 2 jam seminggu (beberapa tahun lepa) diperuntukkan untuk subjek IT. Bagaimanakah seorang pelajar mampu mengaplikasikn pengetahuan yang sedia ada dengan tempoh 2 jam tersebut tambahan pula adanya kekangan peralatan komputer?


Idea dan Cadangan

1) Pelaksanaan dasar pembekalan dan pengagihan yang lebih memfokuskan kepada sekolah yang lebih memerlukan peralatan seperti da kawasan luar bandar.

2) Pelaksanaan Notebook 1 Malaysia sepatutnya digunakan pihak sekolah dengan melaksanakan dasar menggalakkan pelajar membawa  Notebook ke sekolah sebagai alternatif mengatasi masalah kekurangan komputer.

3) Setiap sekolah mempunyai guru yang khusus untuk mengajar subjek berkaitan IT.

4) Merancang pembelajaran dan pengajaran setiap subjek di sekolah menggunakan komputer sebagai asas seperti mana P&P di universiti.

5)Selepas waktu sekolah diadakan kelas komputer untuk pelajar yang berminat untuk menampung masa pembelajaran IT yang pendek.

Adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah akan memperoleh komputer  dalam usaha menjadikan setiap murid dan guru celik ICT.

No comments:

Post a Comment